Monday, March 23, 2009

Banglo Setingkat mukim Melor kota Bharu




Taman haji Ali Pauh Lima







Jika berminat hubungi selalu...nanti orang ambik

Teres di taman mgu kok lanas
Price: RM 100 000 No of rooms: 3 Size: 915 Square feet HANYA 1 KM DENGAN POLITEKNIK KOK LANASKELUASAN TANAH 20'X 70'BETUL-BETUL BERADA DI BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS call man : 0129857744

Grow Homes Di Tanah Merah


Grow Homes Di Tanah Merah
Price: RM 268 800 No of rooms: 4 Size: 1463 Square feet Freehold, Keluasan Tanah 4919 Kaki Persegi, Lokasi strategik, Terletak di Kawasan Perumahan Sedia Ada,Berhampiran Hospital Tanah Merah, SRJKC dan kemudahan lain. Sesuai untuk Pekerja Kerajaan, Swasta dan Peniaga.Pinjaman Diuruskan, Berminat Sila Hubungi 0139619777

1 unit banglo di limbat
Price: RM 249 999 No of rooms: 4 Size: 1560 Square feet - 1 Lot Dari jalan besar Kota Bharu - Pasir Puteh- Dekat masjid Guntong- Dekat bandar Satelit Pasir Tumbuh- Dekat Sekolah Long Ghafar (baru dan lama)
untuk keterangan lanjut hubungi 012-9840441 (anuar)

Rumah semi-d 2 tingkat di tanah merah


Rumah semi-d 2 tingkat di tanah merah
Price: RM 288 800 No of rooms: 5 Size: 1984 Square feet FREEHOLDLUAS BANGUNAN 1984 KAKI PERSEGILOKASI MENARIK DAN BEBAS BANJIRKAWASAN BANDARSUASANA ELITBERNINAT SILA HUBUNGI
Contact advertiser Call Nasir: 0139619777

Sunday, March 22, 2009

Tanah untuk dijual di pasir puteh

Land For Sale in Pasir Puteh, KelantanProperty Info
Posted 06/08/2008 [ About 8 month(s) ago ] Viewed: 110
PurposeLand For Sale
Address Berhampiran Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan
Rooms
Price / Rental Fees (RM)36,000 (negotiable)
More info..
Date Available 2008-08-06
Tenure Free Hold
Size / Dimension 499 meter
Description Jika berminat sila hubungi Mohd Ghani (0179811108)
Advertiser's Info
NameMohd Zhafran Bin Mohd Ghani [View Profile]
Phone0176203463

PANDUAN KEPADA PEMBELI RUMAH

PANDUAN KEPADA PEMBELI RUMAH
http://web.kpkt.gov.my/kuatkuasa/panduan.cfm
Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah
Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

Kenal Pasti Jenis Rumah
Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property) seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.
Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan sebagainya.

Status Tanah
Pastikan status tanah sama ada:-
Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.
Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.
Rezab Melayu.
* Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.

Maklumat Brosur
Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai maklumat berikut:-
1.Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;
2. Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;
3. Nama dan alamat:i) Pemaju perumahan berlesenii) Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada)iii)Pemegang surat kuasa wakil (jika ada)iv)Syarikat pengurusan projek (jika ada)
4. Status tanah: i) Bebasii) Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakaniii)Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.
5. Dekripsi kedudukan i) Spesifikasi bahan binaan rumahii)Luas bangunaniii)Kemudahan/perkhidmatan
6. Nama projek perumahan, jika ada;
7.Tarikh projek perumahan dijangka siap;
8.Harga jualan setiap jenis rumah;
9. Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan10.Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan nombor rujukannya.

Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah
Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

Bayaran Pertama
Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah tarikh yang sama.
Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.

Perakuan Arkitek
Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.

Faedah Yang Dikenakan
Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran, pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar 10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli
Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.

Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur
Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi.
Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:
a) Bagi tanah dan bangunan.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi pemajuan perumahan berkenaan.
b) Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi.: Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan bagi bangunan berkenaan.

Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan
Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:-
Bagi tanah dan bangunan(i) Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab jalan.
(ii) Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan.
(iii) Pembelii hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi(i) Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil.
(ii) Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.
(iii) Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.
(iv) Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada pemaju.
Ingatan:- Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang diselenggarakan.

Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)
Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja.
Pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak mencarum kepada kumpulan wang penjelas suatu amaun yang sama dengan sepuluh peratus (10%) daripada bayaran perkhidmatan.
Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.

Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain
Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran, cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.

Tempoh Pemilikan Kosong
Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi bangunan yang dipecahbahagi).

Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)
Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan pemilikan kosong.
Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-
(i) Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:a. Bangunan tersebut telah siap.b. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
(ii) Pemaju telah memohon:a. Pengeluaran CFO melalui Borang E *b. PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan diterima oleh PBT.
* Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk pengeluaran CFO.
Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT dan kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta kelulusan pelan oleh PBT berkenaan.
Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan aduan.
Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.

Bayaran Gantirugi
Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli, pemaju hendaklah membayar kepada pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli rumah.

Tempoh Liabiliti Kecacatan
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.
Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang DiPecahbahagi
Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.
Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.

Pertanyaan atau Aduan Perumahan
Anda boleh menghubungi :
Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Paras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara 50782 KUALA LUMPUR
No.Tel : 03 - 20947033 No.Fax : 03 - 20925049
Majukan Aduan Anda, di sini, isikan dan klik hantar. Ataupun e-mel Pegawai Penguatkuasa kami di enforcement@kpkt.gov.my dan berikan maklumat yang lengkap seperti Nama Penuh, No. K/P, Nama Pemaju, Nama Taman Perumahan dan sebagainya.
Terlebih dahulu, sila lihat Soalan-soalan Lazim yang kami sediakan.
Sila rujuk juga Artikel Perumahan dan Anda yang telah kami sediakan dan siarkan dalam akhbar tempatan.
Bahagian ini adalah satu Bahagian di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dipertanggungjawabkan menjalankan pengawasan dan penguatkuasaan ke atas Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Akta 118).
Sumber : Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Hakcipta Terpelihara © KPKT

PERUMAHAN DAN ANDA : Tips Kepada Pembeli Rumah http://www.kpkt.gov.my/artikel/perumahan/index1.html

PERUMAHAN DAN ANDA : Tips Kepada Pembeli Rumah


Siri 1 : KPKT Sebagai Fasilitator dan Tempat Mengadu
Melalui ruangan ini, adalah diharapkan bakal pembeli rumah lebih memahami hak dan peranan mereka serta dapat membuat pertimbangan yang betul sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.
Rencana ini ditulis berdasarkan kepada aduan-aduan yang diterima oleh Kementerian. Jenis-jenis aduan disenaraikan seperti di Jadual di bawah. Tujuan siri rencana ini ditulis adalah untuk memberi panduan kepada pembeli rumah. Tumpuan penulisan dalam siri ini hanyalah kepada peringkat permohonan lesen sehinggalah pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CFO). Skop penulisan ini akan menyentuh empat pihak yang memainkan peranan penting dalam pembinaan perumahan iaitu;

peranan dan batasan tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sektor perumahan;
peranan dan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
peranan dan tanggungjawab pemaju; dan
hak dan peranan pembeli.
Berdasarkan aduan yang diterima Kementerian, menunjukkan orang ramai tidak memahami atau keliru berkaitan dengan peranan KPKT dalam bidang perumahan. Mereka menganggap semua perkara berkaitan perumahan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian ini. Anggapan ini ternyata tidak tepat. Dalam tahun 1998, Kementerian ini menerima 1,135 aduan yang dikategorikan kepada 13 jenis. Daripada jumlah tersebut, 1,121 aduan adalah berkaitan pelanggaran Surat Perjanjian Jual Beli. Di bawah disenaraikan 13 jenis aduan serta pihak-pihak yang berkaitan sebagai panduan pembeli mengemukakan aduan berdasarkan masalah yang dihadapi.

Bil. Jenis aduan Tempat mengadu
1. Kecacatan mutu kerja
sebelum mendapat CFO
selepas mendapat CFO



Pemaju, PBT dan KPKT
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), KPKT dan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi selepas menerima hakmilik strata.

2. Gantirugi di atas kelewatan penyerahan pemilikan kosong Pemaju dan KPKT
3. Bayaran
perkhidmatan
bayaran pasti (cukai, kadaran dan caj-caj)
bayaran kenaikan harga rumah



pemaju dan KPKT
pemaju dan PBT
KPKT

4. Lambat/tidak keluar Sijil Layak Menduduki (CFO)
Tidak memohon/ Belum mendapat CFO
CFO lambat dikeluarkan


Pemaju dan KPKT
PBT

5. Kelewatan menyerah rumah
kemajuan projek lambat
tempoh lewat 24/36 bulan
projek terbengkalai



Pemaju dan KPKT
Pemaju dan KPKT
Pemaju dan KPKT

6. Faedah atas bayaran Pemaju dan KPKT
7. Penyelewengan pelan/ Surat Perjanjian Jual Beli (SPJB) Pemaju dan KPKT


8. Perkhidmatan
Penyelenggaraan perkhidmatan (pemilikan kosong sebelum diambil alih oleh PBT) seperti :
sampah, pembersihan parit awam, pemotongan rumput
Kemudahan bersama selepas diambil alih oleh PBT
sampah, kebersihan, lampu
kolam oxidasi
bekalan air, elektrik, paip gas dan penyaluran telefon seperti ditetapkan dalam SPJB
keperluan bomba (pili air dan party wall)



KPKT



PBT








Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
Agensi-agensi berkenaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP)

9. Penipuan
Lesen dan Permit palsu syarikat menjual tanpa ada projek, lesen dan jualan bertindih



KPKT dan Polis

10. Cagaran/Hakmilik
hakmilik berasingan belum atau gagal menyerah dokumen hakmilik strata
cagaran belum tebus oleh pemaju
hakmilik berasingan bangunan pecahbahagi - pemaju gagal memohon hakmilik strata



pemaju, Pejabat Tanah dan KPKT
pemaju dan KPKT
KPKT dan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK)

11. Infrastruktur Pemaju, PBT dan KPKT

12. Melanggar Akta/Peraturan Pemaju Perumahan
pemaju tiada lesen
pemaju tiada permit
kesalahan iklan
SPJB berbeza
SPJB lambat ditandatangani selepas 10% deposit dikutip
Kutip yuran tempahan




KPKT



13. Pertanyaan dan lain-lain KPKT


Semua aduan di atas adalah berkaitan dengan kontrak atau perjanjian yang diadakan di antara pemaju dengan pembeli kecuali aduan nombor 12. Oleh kerana masalah ini berkaitan dengan perjanjian maka peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah lebih kepada pemudahcara. Di mana Kementerian akan memanggil penjual (pemaju) dan pembeli berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, Kementerian akan menasihatkan kedua-dua pihak merujuk kepada undang-undang bagi mengadili masalah tersebut. Bagi aduan nombor 12, Kementerian akan mengambil tindakan ke atas pemaju berdasarkan peruntukan dalam Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

Jenis perumahan dikelaskan kepada dua iaitu;

tanah dan bangunan (landed property) iaitu rumah teres satu atau dua tingkat, rumah bandar, rumah berkembar, banglo; dan
bangunan dan pecahbahagian iaitu rumah pangsa, pangsapuri dan kondominium.
Di dalam bidang perumahan, KPKT bertanggungjawab terhadap kedua-dua jenis perumahan di atas yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. Walau bagaimanapun, KPKT tidak mempunyai kuasa ke atas kedua-dua jenis perumahan di atas yang dibina oleh badan-badan koperasi dan agensi-agensi Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Kerajaan Negeri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana agensi ini tidak tertakluk kepada Akta dan Peraturan Pemaju Perumahan. KPKT juga tidak mempunyai kuasa ke atas pembinaan bangunan komersial, ‘service apartment atau service kondominium’ dan rumah kedai (shophouses).
Sekiranya pembeli membeli rumah yang dibina oleh agensi Kerajaan Negeri atau badan koperasi dan menghadapi masalah mereka perlu merujuk kepada agensi kerajaan negeri atau badan koperasi yang berkaitan. Ataupun merujuk kepada Kerajaan Negeri iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Jabatan Pembangunan Koperasi.

Dalam urusan perumahan KPKT bertanggungjawab;

merancang pembangunan perumahan,
pengeluaran lesen, permit, iklan dan jualan kepada pemaju perumahan,
menjalankan mengawalselia dan menguatkuasakan Akta dan Peraturan Pemaju Perumahan.
Dengan kata lain, KPKT berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pemaju yang tidak mematuhi Akta dan Peraturan Pemaju Perumahan tetapi tidak termasuk pemaju Agensi Kerajaan Negeri dan badan-badan koperasi.
Selepas surat perjanjian jual beli ditandatangani kuasa KPKT untuk campur tangan sekiranya timbul masalah di antara penjual dan pembeli adalah terhad. Dalam hal ini, KPKT boleh memainkan peranan sebagai orang tengah menasihat kedua-dua pihak menyelesaikan masalah mereka tetapi jika penyelesaian gagal dicapai kedua-dua pihak berhak membawa kes mereka ke mahkamah untuk diadili. Ini kerana kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian atau kontrak yang kata putus hanya boleh diputuskan oleh mahkamah.

Bersambung siri 2. Siri ke dua akan membicarakan peranan dan batasan Kementerian
http://www.kpkt.gov.my/artikel/perumahan/index1.html

Perumahan JPN. Sg Durian, Kuala Krai

Perumahan JPN. Sg Durian, Kuala Krai
Land For Sale in PASIR PUTEH, KelantanProperty Info
Price: RM 65 000 No of rooms: 2 Size: 1400 Square feet Rumah Murah JPN,Telah diubah suai,luas lantai sekitar 1400kp.Depan dan belakang telah diperluas.Berhadapan kem tentera Sg Durian.Lot awal.bandar Kuala Krai 5 kmTidak kena banjir walau bandar kuala krai tenggelam.Owner perlu duit segera untuk selesai hutang.Geran rumah ada.Hutang dengan JPN sudah beres.Berminat boleh hubungi tel/sms no yg dinyatakan.Harga masih boleh runding.
zull : 0139143432

Tanah di tok bali

Posted 12/08/2008 [ About 7 month(s) ago ] Viewed: 137
PurposeLand For Sale
Address KG TOK BALI 16800 PASIR PUTEH KELANTAN, PASIR PUTEH, Kelantan
Rooms
Price / Rental Fees (RM)75,000 (negotiable)
More info..
Date Available 2008-08-12
Tenure Free Hold
Size / Dimension 1/6 EKAR
Description 1KM DARI SEKOLAH TOK BALI 1KM DARI JAMBATAN TOK BALI SESUAI UNTUK PELABURAN DIMASA DEPAN SESUAI UNTUK MEMBINA RUMAH BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0179229969. ISNIN - JUMAAT :7.00MLM- 12.00MLM SABTU - AHAD : 8.00PG- 12.00MLM
Advertiser's Info
NameMOHD NORIZY GHAZALI [View Profile]
Phone0179229969

Rumah banglo - telok bayu panji kelantan

Rumah banglo - telok bayu panji kelantan
Placed by nik zamri 22 Mar, 12:55. Delete.
Price: RM 300 000 No of rooms: 5 Size: 2000 Square feet 5 BILIK, 1 RUANG TAMU, 1 RUANG FAMILI, DAPUR BASAH, DAPUR KERING, 2 TANGKI AIR, PORCH BESAR RM300K, BOLEH DIRUNDING
- 500m dengan sek rendah panji,- 1 KM dgn JPJ panji- 3 KM dgn HUSM

Contact advertiser Call nik zamri: 019-3482176

(Kami cuma iklankan untuk anda, dan tidak terlibat dalam masalah jual beli)